Pengenalan
Xiexing Pengeluar Kren Dermaga (Wuxi) Sdn. Bhd adalah pengeluar kren dari negara China. Kami mempunyai dua jenis kren perantara, iaitu jenis gerakan atasan dan jenis tergantung. Kren Overhed kami kebanyakannya digunakan di kilang pengeluar besi, kilang pengeluar kertas atau gudang membaiki lokomotif.
Penerangan
Kami merupakan syarikat pengeluar kren perantara yang juga dikenali sebagai kren overhed atau kren tergantung. Kren perantara mempunyai hujung palang sokongan pada landasan beroda di aras tinggi,selalunya dipasang berselari dengan dinding kilang atau bersamaan dengan keluasan saiz bangunan industri, ini membolehkan kren overhed bergerak di sepanjang bangunan, manakala galang bergerak secara melintang merentasi keluasan bangunan.
Kebaikan
1.Kren perantara kami mempunyai kelebihan dengan cangkuk yang fleksibel dalam mengawal keseluruhan beban.
2.Ia boleh mengangkat beban melalui bahagian atas melepasi segala halangan fizikal di lantai kilang.
3.Kren overhed yang dihasilkan oleh pengeluar kren negara China mengguna teknologi pembuatan yang tinggi.
4.Kami adalah syarikat kren yang menawarkan kren perantara dengan pengeluaran yang efisien dalam kitaran tempoh pengeluaran yang singkat.
Notis
1. Apakah yang perlu anda lakukan sebelum mengangkat beban?
1)Pastikan semua bahan sampingan, peralatan, halangan dan pembungkusan telah ditanggalkan sebelum beban dinaikkan.
2) Tanggalkan jaring yang kendur dan tali gantung sebelum menaikkan beban.
3) Pastikan penempatan peralatan mengangkat berada pada pelana cangkuk.
2.Bagaimana untuk anda mengangkat beban dengan selamat?
1)Gerakkan pengawal overhed secara beransur-ansur. Elakkan gerakan beban secara mendadak dan tersentak-sentak.
2)Ikut isyarat daripada seorang pengangkat sahaja yang bertanggungjawap untuk mengangkat beban tersebut kecuali isyarat berhenti.
3)Sila pastikan setiap orang beredar dari kawasan beban sebelum proses mengangkat. Apabila mendengar bunyi loceng,siren atau bunyi isyarat lain, maka anda boleh mulakan pengangkatan dengan kren perantara secara perlahan.
4)Pastikan tidak terdapat sebarang penyambungan atau pertindihan pada beban semasa pengangkatan dan pergerakan.
5)Pastikan tidak terdapat sebarang halangan sepanjang pergerakan beban.
6)Pastikan beban dikawal rapi semasa penurunan. Sekiranya sistem brek tidak berfungsi, selalunya beban boleh diturunkan dengan memusing kawalan pengangkat pada arah berlawanan sehingga titik pertama atau kedua.
7)Sekiranya tenaga elektrik terputus, anda perlu berada di dalam kabin kren dengan menarik perhatian dan menunggu untuk diselamatkan.
