Dalam Negara>Produk> Kren Kontena
Lanteky® Machine
Add: No 5558 Chuansha Road, Pudong Discrict, Shanghai, China
E-mail:
landy.industry20@gmail.com

Kren Kontena

Penerangan
Kren kontena merupakan kren gantri yang terdapat di tepi limbungan terminal kontena yang luas untuk kerja pemunggahan pelbagai jenis kontena dari kapal kontena. Kren pengendalian kontena mempunyai bahagian cesi, palang rod dan platfom bergerak yang dinamakan sebagai penyebar. Penyebar boleh diturunkan di bahagian atas kontena dan memasukkan kekunci ke dalam empat bahagian kekunci kontena dengan mekanisme pemusingan kekunci. Kontena boleh bergerak di sepanjang penyebar, kontena juga boleh bergerak secara vertikal di sepanjang palang rod. Kebiasaannya kren kontena hanya boleh memindahkan satu kontena pada setiap masa,tetapi terdapat kren pengendalian kontena yang baru berkemampuan untuk mengangkut dua hingga empat buah kontena 20 kaki pada setiap masa.

Ciri-ciri Teknikal
1.Kren kontena kami diperbuat daripada struktur besi yang berkualiti tinggi dan mempunyai    sistem kawalan kelajuan yang terkini.
2.Kren pengendalian kontena dilengkapi dengan sistem mekanikal anti-hayunan dan tempoh    kitaran kerja yang singkat.
3.Sistem pengurusan kren yang canggih dapat memberikan data prestasi operasi kren secara keseluruhan.

Xiexing Kren Dermaga (Wuxi) Sdn. Bhd ditubuhkan pada tahun 2001 mempunyai kepakaran sebagai pengeluar dan pembekal kren dermaga di negara China. Kren kontena yang juga dikenali sebagai kren pengendalian kontena adalah salah satu produk utama pengeluaran kami. Dengan usaha jurutera yang berkepakaran dan staf teknikal yang berpengalaman, Xiexing dapat menghasilkan segala jenis kren dermaga tetap, kren portal dan kren gantri mengikut kehendak pelanggan. Syarikat kami memberikan perhatian yang penting pada bahan yang digunakan, di mana kami hanya menggunakan bahan berjenama yang terdapat di dalam dan luar negeri. Kami sentiasa menghasilkan produk dan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan.

Produk-produk yang berkaitan
  • Container Gantry Crane
  • Kren Gantri Kontena

    1.Kren gantri kontena mempunyai komponen elektronik untuk menambah efisiensi dan    keselamatan pada kesuluruhan mesin. 2.Syarikat kami mempunyai pengalaman yang luas dalam pengeluaran kren dermaga. Oleh itu...