Dalam Negara>Produk> Kren Gantri
Lanteky® Machine
Add: No 5558 Chuansha Road, Pudong Discrict, Shanghai, China
E-mail:
landy.industry20@gmail.com

Kren Gantri

Penerangan
Kren gantri merupakan pecahan bentuk daripada kren perantara. Ia digunakan di pelabuhan terutamanya dalam operasi pengendalian kargo yang besar. Penggantung kren goliath ini berada pada struktur tergantung di mana galangnya disokong oleh jenambang pintu yang bergerak di sepanjang lantai berlandasan. Apabila kren gantri mengangkat beban seperti kargo daripada keretapi, kenderaan pengangkutan boleh bergerak bebas di bawahnya.

Kebaikan
1.Kren goliath lebih sesuai digunakan untuk mengangkat objek yang sangat berat. Kren besar digunakan dalam industri pembinaan kapal. Kren gantri dapat merentangi kapal yang sedang       dibina untuk pemindahan objek besar seperti enjin kapal diangkat merentasi kapal.
2.Kren galang gantri memberikan kelebihan dalam penggunaan ruangan ketinggian dan    menepati penggunaan secara umum.
3.Kren goliath mempunyai kelebihan dalam struktur baru. Ianya sangat fleksible, sangat efisien      dan menjimatkan tenaga.
4.Kren gantri senang dikendalikan. Dengna cara tolak dan tarik secara perlahan di setiap lokasi       boleh dijadikan kawasan operasinya.

Aplikasi
Kren goliath digunakan terutamanya dalam operasi pengendalian di kawasan luaran seperti di pelabuhan, gudang, kilang simen, kawasan pembinaan dan stesen tenaga hidro. Kren galang bersaiz kecil selalunya digunakan di gudang membaiki kenderaan di mana ia digunakan untuk mengangkat enjin keluar daripada kenderaan. Kren gantri besar kebanyakannya digunakan di kilang dan gudang untuk memindahkan objek berat dari satu tempat ke tempat yang lain.

Jenis
1.Berdasarkan struktur pada jenambang pintu, kren ini dapat diklasifikasikan kepada kren       gantri dan kren goliath julur.
2.Berdasarkan struktur palang utamanya, kren gantri dapat diklasifikasikan kepada jenis satu   galang dan jenis dua galang.
3.Berdasarkan bentuk palang utamanya, kren goliath boleh dibahagikan kepada jenis jeriau,     jenis galang dan jenis palang berongga.
4.Berdasarkan bentuk penggunaan, kren gantri boleh diasingkan mengikut jenis biasa dan jenis       tenaga stesen hidro, jenis pembinaan kapal dan jenis kontena.

Xiexing Kren Dermaga (Wuxi) Sdn. Bhd ditubuhkan pada tahun 2001 mempunyai kepakaran sebagai pengeluar dan pembekal kren dermaga di negara China. Syarikat kami mempunyai teknologi dan kapasiti pengeluaran saintifik yang terkini, di samping keupayaan inovasi yang drastik. Oleh itu, kren dermaga tetap, kren portal dan kren gantri kami meliputi syer pasaran domestik yang luas. Pada masa yang sama, kren dermaga kami yang dieksport ke negara-negara di Asia Tenggara dan wilayah-wilayah seperti Indonesia, Malaysia mendapat kepujian dan pengiktirafan daripada pelanggan.  

Produk-produk yang berkaitan
  • Kren GantriKren gantri terdiri daripada struktur tergantung yang disokong oleh kerangka-A berkaki dua yang bergerak di sepanjang lantai berlandasan. Kami boleh mereka kren mengikut kehendak anda. Kren dermaga kami boleh dipadankan dengan bentuk kilang atau penggunaan ...