Dalam Negara>Produk> Kren Portal Limbungan Kapal
Lanteky® Machine
Add: No 5558 Chuansha Road, Pudong Discrict, Shanghai, China
E-mail:
landy.industry20@gmail.com

Kren Portal Limbungan Kapal

Penerangan
Kren portal limbungan kapal adalah sejenis peralatan pengangkutan khas untuk kerja-kerja di persekitaran lautan. Kren limbungan kapal terutamanya digunakan untuk mengangkut kargo di antara kapal, mengendalikan pemasangan dan guna semula peralatan di bawah air. Pada masa sekarang, kebanyakan negara biasanya mempertimbangkan kren portal limbungan kapal dalam bidang ketenteraan dan kejuruteraan lautan.

Ciri-ciri
1.Kren limbungan kapal sangat tegar dalam pengendalian beban.
2.Kren portal limbungan kapal mempunyai kabin dengan rekaan ergonomi untuk      pengendalinya, dengan kawalan rekaan khas dan penglihatan yang luas dapat meningkatkan   efisiensi dan keselamatan.
3.Komponen dan laluan pejalan kaki berada di dalam struktur besinya untuk memastikan keselamatan pengendalinya walaupun di dalam keadaan cuaca buruk.
4.Semua kren limbungan kapal kami mesti dipasang siap dan diuji sebelum meninggalkan        kilang.
5.Kren portal limbungan kapal kami mempunyai fungsi keselamatan lebihan muatan dan kejatuhan. Terdapat suis kecemasan yang dapat menghentikan semua pergerakan sekiranya        berlaku keadaan berbahaya. Motor pengangkat utama juga dilengkapi perlindungan terma.
6.Kren limbungan kapal kami mempunyai anjakan yang perlahan semasa permulaan dan pemberhentian, kos elektrik dan kadar kebisingan yang rendah, kabin yang lapang dan sistem       operasi yang senang.

Xiexing Kren Dermaga (Wuxi) Sdn. Bhd. ditubuhkan pada tahun 2001 mempunyai kepakaran sebagai pengeluar dan pembekal kren dermaga di negara China. Syarikat kami terletak di pusat Delta Sungai Yangtze dengan kemudahan sistem pengangkutan. Kren portal limbungan kapal adalah salah satu produk utama syarikat kami. Sekiranya anda berminat dengan produk kami, sila hubungi kami tanpa keraguan.

Produk-produk yang berkaitan
  • Kren Gantri PersisiranKren gantri persisiran kami dijamin selama setahun, dalam masa setahun, sekiranya terdapat   sebarang masalah kualiti di bawah cara pengendalian yang betul, kami akan bertanggungjawab untuk membaiki atau menggantikannya dengan percuma. Apabila tempoh   jaminan telah tamat, kami memberikan khidmat penyelenggaraan pada harga kos....