Penerangan
Kren overhed digunakan paling meluas sebagai peralatan pengangkutan bahan kepingan. Ia boleh memindahkan muatan dengan selamat dari tempat A ke B. Kren perantara ini memainkan peranan penting dalam kaedah pengeluaran mesin automatik moden. Ia digunakan secara meluas dalam industri seperti perlombongan, besi, landasan keretapi, dermaga dan logistik.
Kebaikan
1.Kren overhed mudah untuk diselenggara, rekaan yang ergonomi dan selamat.
2.Kren perantara menjimatkan penggunaan ruang lantai dan beban boleh diangkat pada setiap sudut penyimpanan.
3.Kren ini boleh mengendalikan muatan berat dengan efektif di samping kos yang rendah.
4.Kren overhed jenis ini memberikan efisiensi kerja yang tinggi.
Perhatian Operasi
1.Apakah yang perlu anda lakukan sebelum meninggalkan kren perantara?
1)Tanggalkan penggantung beban pada cangkuk kren.
2)Naikkan semua cangkuk pada posisi pertengahan.
3)Letakkan kren overhed pada tempat yang ditetapkan.
4)Matikan semua suis kawalan.
2. Apakah yang perlu dielakkan semasa mengendalikan kren perantara?
1)Jangan memegang sebarang benda di tangan anda semasa menaiki dan menuruni tangga. Semasa menaikkan dan menurunkan kargo besar, anda mesti menggunakan tali ikatan yang ketat.
2)Jangan mengendalikan kren sekiranya suis limit tidak berfungsi atau bila terdapat kerosakan pada kabel.
3)Jangan mengangkat kargo melebihi kadar kapasiti muatan pada ambin.
4)Sila pastikan cangkuk pada kren perantara berada pada bahagian tengah kargo bagi mengelakkan kecondongan.
5)Sesiapa saja tidak dibenarkan menunggang di atas kargo atau cangkuk.
Xiexing Kren Dermaga (Wuxi) Sdn. Bhd ditubuhkan pada tahun 2001 mempunyai kepakaran sebagai pengeluar dan pembekal kren dermaga di negara China. Produk utama kami termasuklah kren gantri,kren portal,kren overhed (kren perantara),dan sebagainya. Syarikat kami berada di pusat kawasan delta Sungai Yangtze dengan kemudahan sistem pengangkutan. Sekiranya anda berminat terhadap produk kami,kami akan membawa anda datang melawat produk kami dan memberikan latihan teknikal yang diperlukan.
