Penerangan
Kren portal ialah jentera tugas berat yang digunakan untuk objek yang sangat besar seperti kontena penghantaran dan kenderaan. Kren gantri ini terdiri daripada sepasang tiang besi vertikal yang disokong oleh trek horizontal. Troli besi bergerak di sepanjang trek atasan dari satu hujung ke hujung yang lain. Pekerja menggunakan penggantung yang bersambung dengan asas troli untuk megangkat atau memindahkan kargo ke tempat lain. Kren portal keluaran China yang juga dikenali sebagai kren gantri atau kren goliath ini menggunakan kuasa elektrik tambahan atau sistem pengendalian hidrolik.
Kebaikan
1.Kren portal mempunyai ciri-ciri yang membolehkan ia mengangkat barangan berat, skop kerja yang luas, efisiensi kerja yang tinggi, operasi yang stabil, senang diselenggarakan, selamat, fleksibel dan boleh dipercayai.
2.Kenderaan dapat melalui ruangan di antara kaki kren gantri, dan pemandu kren mempunyai penglihatan yang luas semasa berada di dalam ruangan memandu.
3.Kren portal sesuai digunakan di dermaga, syarikat besi dan limbungan dengan dilengkapi pencangkuk, penggantung, pencakup, penyebar kontena dan sebagainya.
Xiexing Kren Dermaga (Wuxi) Sdn. Bhd ditubuhkan pada tahun 2001 merupakan pakar pengeluar dan pembekal kren dermaga di negara China. Produk utama kami termasuklah kren dermaga tetap, kren portal, kren gantri, kren kontena, kren perantara, dan kren beroda getah. Syarikat kami juga dilengkapi dengan semua jenis peralatan pengeluaran yang profesional, terutamanya yang digunakan untuk pemasangan dan boleh memudahkan pengendalian semua produk yang memerlukan kren besar. Kami juga mempunyai peralatan untuk ujian tembakan UT dan X yang sempurna.
