Penerangan
Kren gantri terdiri daripada struktur tergantung yang disokong oleh kerangka-A berkaki dua yang bergerak di sepanjang lantai berlandasan. Kami boleh mereka kren mengikut kehendak anda. Kren dermaga kami boleh dipadankan dengan bentuk kilang atau penggunaan kilang dan boleh menampung berat muatan sehingga 100 ton. Seumpama kren gantri, model overhed boleh didapati dalam bentuk kren gerakan atasan satu galang, kren bawah ambin satu galang dan kren gerakan atasan dua galang. Setiap kren dermaga kami mempunyai rekaan yang padat, ini menjadikan ia bersesuaian dengan bangunan sempit dan rendah.
Kategori Produk
1.Kren Gantri Satu Galang
Para pelanggan kami yang memerlukan pengangkatan berat muatan kurang daripada 25 ton boleh mempertimbangkan kren satu galang. Kren dermaga ini mempunyai ciri-ciri seperti bidang yang panjang sehingga 26 meter, pacuan 4 roda, dua kelajuan atau pilihan kelajuan, platfom penyelenggaraan diatasnya, kawalan radio atau kawalan dengan suis talian, persediaan kecemasan dalaman atau luaran, konduktor atau kabel sistem bekalan tenaga untuk landasan.
,2.Kren Gantri Dua Galang
Para pelanggan kami yang memerlukan kren dermaga untuk pengangkatan berat muatan sehingga 100 ton boleh mempertimbangkan kren gantri dua galang. Ianya direka untuk memindahkan barangan berat seperti konkrit batang cerucuk, dua galang menawarkan pendekatan yang senang dan berkesan untuk memindahkan barangan dengan selamat. Ia dilengkapi dengan ciri-ciri bidang yang panjang sehingga 30 meter, pacuan 4 roda, dua kelajuan atau pilihan kelajuan, laluan pejalan kaki sepanjang galang, platfom troli, persediaan kecemasan dalaman atau luaran, konduktor atau kabel sistem bekalan tenaga untuk landasan, kren gantri ini menawarkan fungsi penyelesaian yang boleh dipercayai.
Xiexing Kren Dermaga (Wuxi) Sdn. Bhd ditubuhkan pada tahun 2001 mempunyai kepakaran sebagai pengeluar dan pembekal kren di negara China. Syarikat kami berada di pusat kawasan delta Sungai Yangtze dengan kemudahan sistem pengangkutan. Selepas kajian dan inovasi selama beberapa tahun, syarikat kami telah menghasilkan banyak siri produk seperti kren portal, kren gantri, kren perantara, kren beroda getah, kren tetap dan sebagainya. Kami menjadi pembekal kepada lebih daripada dua puluh bandar di Dalam Negara China, Indonesia dan Malaysia.
