Dalam Negara>Produk>Kren Gantri Kontena
Lanteky® Machine
Add: No 5558 Chuansha Road, Pudong Discrict, Shanghai, China
E-mail:
landy.industry20@gmail.com

Kren Gantri Kontena

Kebaikan
1.Kren gantri kontena mempunyai komponen elektronik untuk menambah efisiensi dan    keselamatan pada kesuluruhan mesin.
2.Syarikat kami mempunyai pengalaman yang luas dalam pengeluaran kren dermaga. Oleh itu,       kami dapat menawarkan kren gantri kontena dengan harga yang kompetitif pada tahap kualiti yang tinggi.
3.Kren dermaga ini mendapat sambutan baik kerana prestasi pergerakannya yang lancar pada peringkat permulaan dan pemberhentian, pergerakan yang selamat dan boleh dipercayai, dan   penjimatan dalam guna tenaga.
4.Ketahanan terhadap angin kencang, ketegaran yang baik dan tahap kelencongan yang rendah       menjadikan keselamatannya dijamin.
5.Kren gantri kontena menggunakam pengaplikasian frekuensi PLC dalam sistem elektrikalnya.      Setiap mekanisme dalam peralatannya mudah untuk dikawal.
6.Kren dermaga ini mempunyai tahap kebisingan yang rendah, kabin yang luas dan membolehkan pemanduan dalam penglihatan yang baik.
7.Kren gantri kontena ini adalah direka khas untuk peti kontena. Ia menggunakan win untuk   mengangkat kontena dengan mudah.
8.Kren kontena senang diselenggarakan kerana bahagian dan komponennya dapat ditukar       dengan mudah.  
9.Kami boleh mewarnakan kren dermaga mengikut kehendak pelanggan.
10.Kren gantri kontena boleh dikawal apabila berada di bahagian lantai atau di dalam kabin.
11.Kren gantri ada dua pencawang iaitu jenis gegendang kabel dan jenis sentuhan talian secara       gelongsor.
12.Kami boleh mereka kren dermaga ini berdasarkan keluasan rentang dan penaikan ketinggian      mengikut persekitaran pemasangan dan pemintaaan khas daripada pelanggan.

Aplikasi
Kren gantri kontena berpandukan piawaian antarabangsa dalam pengangkutan kontena, pemunggahan di limbungan kontena dan stesen keretapi kontena. Kren dermaga ini      digunakan untuk pengangkutan dan pemindahan kontena. Ia merupakan produk biasa yang digunakan secara meluas di perkarangan terbuka dan gudang bagi kerja pemunggahan atau pencapaian barangan.

Prinsipal Kerja
Bahagian galang dan picu penggerak menjadi struktur besi utama pada kren gantri kontena yang berpaut pada lantai dengan picu penggerak di kedua-dua belahnya. Sepanjang mekanisme pergerakannya membentuk kesan longitud dan mekanisme trolinya membentuk pergerakan horizontal.

Xiexing Kren Dermaga (Wuxi) Sdn. Bhd. ditubuhkan pada tahun 2001. Syarikat kami mempunyai kepakaran sebagai pengeluar dan pembekal kren dermaga di China seperti kren portal, kren gantri kontena, kren perantara, kren beroda getah, kren tetap dan sebagainya. Pasarannya telah menjangkaui lebih daripada dua puluh bandar di negara China, Indonesia dan Malaysia. 

Produk-produk yang berkaitan
  • Kren Pengendalian Kontena

    1.Kren pengendalian kontena mendapat sambutan baik kerana prestasi pergerakannya yang     lancar pada peringkat permulaan dan pemberhentian, pemanduan yang selamat dan      menyakinkan, dan jangka hayat penggunaan yang panjang. ...