Dalam Negara>Produk> Kren Portal Pelabuhan
Lanteky® Machine
Add: No 5558 Chuansha Road, Pudong Discrict, Shanghai, China
E-mail:
landy.industry20@gmail.com

Kren Portal Pelabuhan

Penerangan
Kren portal pelabuhan disokong oleh kaki dasar yang berada di atas landasan atau lantai asas. Keretapi dan kenderaan lain boleh melalui di perantaraan kakinya. Kren pelabuhan ini terdiri daripada bahagian putaran dan bahagian gerakan. Bahagian putaran mempunyai struktur bum bergerak dan ruang pemandu. Bahagian gerakan berfungsi untuk menyelaraskan posisi kerja di bahagian bawah. Struktur bum bergerak boleh menggantung beban semasa keseluruhan kren bergerak di sepanjang landasan. Penggantung portal pelabuhan digunakan secara meluas di pelabuhan dan limbungan. 

Kebaikan
1.Kren portal pelabuhan hanya memerlukan kos pelaburan tertentu yang rendah dan nilai jualan      balik yang tinggi.
2.Ia mempunyai gear pengangkat yang boleh ditukar secara pantas untuk memberikan    fleksibiliti yang maksimum.
3.Kren pelabuhan ini direka untuk pengendalian semua jenis kargo dan dengan variasi      pencakup 4-tali membolehkan pengendalian barangan besar secara profesional.
4.Kren portal pelabuhan ini mengambil masa yang pendek untuk dihasilkan, kadar nisbah        penyelenggaraan yang rendah, cara operasi yang mudah dan rekaannya yang mesra   perkhidmatan.
5. Dengan menggunakan minyak diesel sebagai bahan api elektrik menjadikan kren pelabuhan mempunyai efisiensi yang bertahap tinggi.
6. Kren portal pelabuhan kami mengikut piawaian ISO dan jaminan kualiti selama setahun.

Kategori Produk
1.Kren portal untuk pemunggahan
Kren pelabuhan jenis ini digunakan untuk pemunggahan kargo dengan menggunakan pencakup lekuk atau cangkuk pengangkat di pelabuhan dan tempat penyimpanan terbuka. Efisiensi kerja menjadi petunjuk yang penting kerana ia mempunyai kepantasan kerja. Secara umum kapasitinya tidak melebihi 25 ton.

2. Kren portal untuk limbungan
Kren portal pelabuhan ini digunakan terutamanya di limbungan kapal dan limbungan terapung.
Kapasitinya ialah 30 ton, tetapi berat kapasiti bertukar mengikut ketinggian pengangkatan. Ia melakukan kerja dengan perlahan.

3.Kren pelabuhan untuk pembinaan
Kren portal pelabuhan ini selalunya menggunakan cangkuk untuk mengangkut peralatan pengairan di empangan. Kapasiti dan kepantasan kerjanya adalah di antara dua jenis kren yang tersebut di atas.

Xiexing Kren Dermaga (Wuxi) Sdn. Bhd ditubuhkan pada tahun 2001 mempunyai kepakaran sebagai pengeluar dan pembekal kren di negara China. Produk utama kami termasuklah kren dermaga tetap, kren portal pelabuhan, kren gantri, kren kontena, kren perantara dan kren bertayar getah. Kami mendapat pengiktirafan ramai dan kepujian daripada pelanggan baru dan lama. Untuk mendapat keterangan lanjut, sila hubungi kami.  

Produk-produk yang berkaitan
  • Kren Portal Level LuffingKren portal level luffing ialah sejenis mesin pelbagai kegunaan dilengkapi empat palang yang saling berhubungan. Ia mempunyai pintu yag berbentuk silinder dan tuas pengimbang. Ia menggunakan cangkuk atau pencakup lekuk untuk mengangkat kontena ...