Penerangan
Kren tetap adalah sejenis kren berpusing, ia selalunya digunakan di pelabuhan atau tepi bagan. Ia mempunyai palet yang dipasangkan pada kekaki tetap. Ia merupakan sejenis kren pengendalian tetap yang mempunyai struktur baru. Ianya fleksibel, dipercayai dan senang diselenggara dan dikendalikan. Kren tetap boleh bekerja tanpa gangguan, dan mengangkut barangan yang banyak pada sesuatu masa. Kren pengendalian tetap ini mempunyai satu struktur joran untuk memastikan pergerakan beban secara horizontal pada pendongak melalui pusingan yang stabil pada setiap sudut bebanan.
Aplikasi
Kren tetap jenis ini digunakan di pelabuhan bersaiz sederhana atau bersaiz kecil yang berada di pedalaman sungai, dermaga kecil, sekitar gudang penyimpanan atau kawasan kilang untuk mengangkut kontena, beg atau kargo besar. Ia boleh dipasang di atas kapal untuk pengendalian dari kapal ke daratan atau dari kapal ke kapal kerana ianya ringan dan hanya mengambil penempatan tapak yang sempit. Kren pengendalian tetap amat sesuai digunakan untuk mengorek limbungan di mana ia berperanan sebagai pencakar atau pemunggah terapung. Kami boleh memasang cangkuk pengangkat atau pencakar lekuk mengikut kehendak pelanggan. Sebelum membuat tempahan, pelanggan perlu menentukan parameter yang terperinci (kadar kapasiti, ketinggian pengangkatan, ketepatan radius), untuk rujukan kami, kami akan menyediakan produk yang paling sesuai selepas mempertimbangkan kelaziman kerja anda.
Xiexing Kren Dermaga (Wuxi) Sdn. Bhd. ditubuhkan pada tahun 2001 mempunyai kepakaran sebagai pengeluar dan pembekal kren dermaga di negara China. Kren tetap yang juga dikenali sebagai kren pengendalian tetap merupakan salah satu produk utama syarikat kami. Kami mendapat pengiktirafan dan kepujian di serata dunia.
