Dalam Negara>Produk> Kren RMG
Lanteky® Machine
Add: No 5558 Chuansha Road, Pudong Discrict, Shanghai, China
E-mail:
landy.industry20@gmail.com

Kren RMG

Penerangan
Kren RMG boleh mengangkat muatan berat dan memindahkannya dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan pergerakan di atas landasan. Beban diangkat menggunakan penyebar berkabel. Kren gantri ini direka khas untuk penyusunan kontena secara intensif kerana ia menggunakan pengendalian secara automasi yang dapat mengurangkan penggunaan tenaga manusia. Berbanding dengan kren RTG, kren RMG mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Ianya lebih bersih, kapasiti pengangkat yang lebih tinggi dan pergerakan gantri yang lebih cepat. Pada masa yang sama, ia dibekalkan dengan tenaga elektrik dalam pemanduan. Kren gantri sangat efektif untuk penghantaran saling berhubungan antara landasan dan jalan raya apabila melibatkan bilangan kontena yang banyak. Ia mempunyai pelbagai model berdasarkan perbezaan bidang dan penggantungnya.

Aplikasi
1.Kren RMG ini selalunya dijumpai di terminal pelabuhan dan limbungan kapal yang        digunakan untuk pengendalian kontena, pertukaran tempat, dan sebagainya.
2.Kren gantri ini direka untuk kawasan penyusunan kontena secara timbunan dan ia        memberikan produktiviti yang tinggi untuk pelabuhan dan terminal dengan pelbagai model    kontena.

Xiexing Kren Dermaga (Wuxi) Sdn. Bhd ditubuhkan pada tahun 2001. Ia mempunyai kepakaran dalam pengeluaran dan pembangunan kren pelabuhan di negra China. Produk utama kami termasuklah kren dermaga tetap, kren portal, kren gantri, kren RMG, kren kontena, kren perantara, dan kren beroda getah. Selepas menjalankan penyelidikan dan inovasi selama beberapa tahun, produk yang dihasilkan mendapat pengiktirafan dan kepujian yang meluas.
Produk-produk yang berkaitan
  • Kren RTGKren RTG boleh mengangkat dan memindahkan beban dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Ia berlandaskan kenderaan penggerak peribadi dengan sistem stereng. Kren portal beroda ini boleh bergerak dengan fleksibel dan mempunyai tahap penyesuaian yang tinggi....