Dalam Negara>Produk> Pengeluar Kren Perantara
Lanteky® Machine
Add: No 5558 Chuansha Road, Pudong Discrict, Shanghai, China
E-mail:
landy.industry20@gmail.com

Pengeluar Kren Perantara

Pengenalan
Xiexing Pengeluar Kren Dermaga (Wuxi) Sdn. Bhd. adalah salah satu pengeluar kren di negara China. Semua kren pengendalian pelabuhan yang dihasilkan oleh syarikat kami menggunakan teknologi bertahap tinggi. Kepelbagaian kren perantara kami termasuklah kren bergerak atasan, kren tergantung, kren overhed satu galang dan kren overhed dua galang. Syarikat kren perantara kami menawarkan semua jenis peralatan berkaitan dan boleh mereka kren dermaga mengikut kemahuan pelanggan. Produk kami kebanyakannya digunakan di pelabuhan dan syarikat perlombongan di negara China dan Asia Tenggara, dan juga mendapat kepercayaan daripada kebanyakan pihak.

Prinsipal
Kren perantara digerakkan melalui sistem pengangkut berlandasan di sepanjang kilang dan mempunyai tiga paksi cangkuk bergerak (X,Y dan Z). Pengangkat berperanan untuk menaikkan dan menurunkan beban, troli berfungsi untuk menggerakkan beban ke kanan dan kiri, jambatan pada kren dermaga membolehkan beban digerakkan ke depan dan belakang. Rekaan kren overhed satu galang dan dua galang masing-masing berperanan untuk menentukan ketepatan pautan cangkuk dan perletakan beban secara perlahan. Ia juga dapat mengangkat beban ke atas dengan cara mengelak sebarang halangan fizikal yang terdapat di lantai kilang. Kami ialah pengeluar kren dermaga dengan kren perantara satu galang dan dua galang. Kren dua galang mempunyai kelebihan dengan cangkuk yang tinggi,tetapi kren satu galang juga mempunyai kelebihannya yang tersendiri dalam pengaplikasian.

Xiexing Kren Dermaga (Wuxi) Sdn. Bhd ditubuhkan pada tahun 2001 mempunyai kepakaran sebagai pengeluar dan pembekal kren di negara China. Produk utamanya termasuklah kren dermaga tetap, kren portal, kren gantri, kren kontena, kren perantara dan kren bertayar getah. Kami mempunyai sijil pengiktirafan sistem kualiti ISO9001:2008 dan merupakan ahli unit kualiti tahap 3A.

Produk-produk yang berkaitan
  • Pengeluar Kren Perantara

    Xiexing Pengeluar Kren Dermaga (Wuxi) Sdn. Bhd adalah pengeluar kren dari negara China. Kami mempunyai dua jenis kren perantara, iaitu jenis gerakan atasan dan jenis tergantung. Kren Overhed kami kebanyakannya digunakan di kilang pengeluar besi, kilang pengeluar kertas atau gudang membaiki lokomotif....