Kebaikan
1.Kren pengendalian kontena mendapat sambutan baik kerana prestasi pergerakannya yang lancar pada peringkat permulaan dan pemberhentian, pemanduan yang selamat dan menyakinkan, dan jangka hayat penggunaan yang panjang.
2.Kren kontena mempunyai kabin yang luas, tahap kebisingan yang rendah dan membolehkan pemanduan dalam penglihatan yang baik.
3.Syarikat kami mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pengeluaran kren pengendalian kontena. Dengan harga yang kompetitif kontena ini juga berkualiti tinggi.
4.Kren pengendalian kontena senang diselenggarakan dan mudah untuk dipasangkan.
5.Kren kontena sangat selamat kerana dilengkapi dengan alat pengesan lebihan muatan, penampan poliuretena berkualiti tinggi, kren penggerak dan suis limit pengangkat, fungsi keselamatan voltan rendah, sistem pemberhentian kecemasan, dan fungsi keselamatan arus elektrik berlebihan.
6.Kami memberikan jaminan kualiti kren pengendalian kontena selama setahun. Dalam masa setahun, sekiranya terdapat sebarang masalah kualiti, kami akan menghantar bahan gantian secara percuma. Selepas tempoh setahun, pelanggan hanya perlu menanggung harga kos bahan gantian yang dihantar oleh kami.
Aplikasi
Kren kontena merupakan kren pengandalian biasa yang digunakan secara meluas di perkarangan terbuka dan gudang pemunggahan barangan. Ia dapat meningkatkan efisiensi kerja dan menjimatkan penggunaan tenaga buruh. Kren pengendalian kontena ini merupakan salah satu jenis kren pengendalian gantri besar yang didapati di terminal kontena untuk pemunggahan pelbagai jenis kontena dari kapal. Ia digunakan dengan meluas di kebanyakan tempat pemunggahan barangan seperti di industri kejuruteraan, pelabuhan, industri granit, limbungan besi, industri paip simen, limbungan terbuka, tempat penyimpanan, gudang kontena, limbungan kapal dan sebagainya.
Xiexing Kren Dermaga (Wuxi) Sdn. Bhd ditubuhkan pada tahun 2001 mempunyai kepakaran sebagai pengeluar dan pembekal kren dermaga di negara China. Dengan usaha jurutera yang berkepakaran dan staf teknikal yang berpengalaman, Xiexing dapat menghasilkan segala jenis kren dermaga tetap, kren pengendalian kontena, kren portal dan kren gantri mengikut kehendak pelanggan.

Xiexing Pengeluar Kren Dermaga (Wuxi) Sdn. Bhd. ialah pengeluar kren di negara China. Kren digunakan untuk pengendalian objek berat. Ia menggunakan sistem kabel atau rantai yang berbeza untuk mengangkat dan memindahkan beban yang tergantung ...