Penerangan
Kren portal level luffing ialah sejenis mesin pelbagai kegunaan dilengkapi empat palang yang saling berhubungan. Ia mempunyai pintu yag berbentuk silinder dan tuas pengimbang. Ia menggunakan cangkuk atau pencakup lekuk untuk mengangkat kontena atau barangan lain, dan ia boleh berpusing pada semua arah. Kren pelabuhan ini menggunakan kawalan frekuensi AC dan kawalan PLC, dan sistem pemerhatian dengan kenyataan bahasa Inggeris.
Kebaikan
1.Kren portal level luffing ini mempunyai efisiensi kerja yang tinggi, harga yang berpatutan dan senang diselenggarakan.
2.Kren pelabuhan jenis ini boleh dipercayai, tahan lasak dan selamat. Kebanyakannya digunakan untuk pengendalian barangan besar, kargo biasa dan kontena di pelabuhan, gudang penyimpanan, stesen penjana tenaga, kilang dan sebagainya.
3.Syarikat kami menerajui industri ini dengan keupayaan untuk menghasilkan pelbagai jenis kren portal level luffing bagi kegunaan di pelabuhan. Kami juga boleh menghasilkan kren pelabuhan berdasarkan rekaan anda.
Xiexing Kren Dermaga (Wuxi) Sdn. Bhd ditubuhkan pada tahun 2001 mempunyai kepakaran sebagai pengeluar kren pelabuhan di negara China, termasuklah kren portal level luffing. Syarikat kami berada di pusat kawasan delta Sungai Yangtze dengan kemudahan sistem pengangkutan. Syarikat kami mempunyai teknologi dan kapasiti pengeluaran saintifik yang terkini, di samping keupayaan inovasi yang drastik. Oleh itu, kren dermaga tetap, kren portal dan kren gantri kami meliputi syer pasaran domestik yang luas. Pada masa yang sama, kren dermaga kami yang dieksport ke negara-negara di Asia Tenggara dan wilayah-wilayah seperti Indonesia, Malaysia mendapat kepujian dan pengiktirafan daripada pelanggan.
